“Persekitaran sesegar bayu...”
Zaini Guest House terletak di Kampung Hulu Lurau. Menurut pengkisahan tempatan, ceritanya...inilah kampung terakhir dalam Mukim Janda Baik.
Terdapat 4 kampung lain yang awal diterokai dalam Mukim ini yang didiami oleh hampir 1,700 orang penduduk.
Ada juga kelebihan dan kebaikannya, iaitu mukim ini masih kawasan penempatan berstatus "Tanah Simpanan Melayu". Tidak terganggu. Disebut orang, dara! Lantaran khazanahnya masih
tersimpan untuk kita kecapi nikmat bersama.
Jika ditinjau pada kedudukan geografi, Mukim Janda Baik ini terletak di kawasan tanah tinggi negeri terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu Pahang: Negeri yang sememangnya terkenal
dengan "Belantara" berusia 130 juta tahun. Baca betul-betul sayang, *juta*. Jadi, kesan peninggalan silam, 130 juta tahun, mungkin ada yang masih menanti untuk anda terokai dan
temuinya. Wow!
Taman Negara Pahang juga berada pada persisian yang sama. Sebab itulah, sememangnya terdapat banyak sungai, jeram dan juga air terjun di sini.
Ewah! Flora dan Fauna yang ditemui di sini juga mempunyai daya tarikan tersendiri. Hebatnya.
Sekiranya anda ialah seorang yang sukakan cabaran maka anda boleh ikuti jejak kami untuk melihat sendiri fauna dengan lebih dekat dan mengetahui tabiat serta permakanannya dalam
persekitaran flora yang aneka jenis, bau, dan warna.
Tika ini Janda Baik menjadi pilihan oleh masyarakat Bandar seperti orang Kuala Lumpur untuk beriadah pada hujung minggu. Terutama mereka yang telah disentuh kehijauan dan
ketenangan di Janda Baik, mahu sahaja mereka berkunjung. Lagi dan lagi.
Maklumlah, ada di antara mereka yang dihimpit bosan dengan hiruk pikuk kota, lalu menjadi di antara sebab utama mereka ke mari!.
Suhu antara purata 17ºC pada waktu malam dan 24ºC pada siang harinya adalah sesuatu yang sukar didapati di kawasan Bandar. Lagipun kota batu memang hangatnya lain macam, betul
tak? Lain pula di Janda Baik, nyaman siang, dan nyaman malam.
Berada pada 470 - 500 meter dari aras laut dan kawasan bersuhu sejuk menjadikan Janda Baik sebagai hentian riadah semasa yang sungguh istimewa.
Taburan hujan yang turun pada bulan November hingga Januari sedikit sebanyak menghadkan kegiatan luar. Sesuai untuk kegiatan hujan dan berkaitan air. Namun, untuk para penggemar
kegiatan luar, usahlah khuatir, kebanyakan kegiatan luar ini boleh dianjurkan bermula dari bulan Febuari hingga Oktober. Panjang masanya itu. Manfaatlah sepuasnya.
Terutama...di Zaini Guest House.
Udara dingin dan Suasana Aman
Berbeza dari perenggan ayat-ayat diatas, ZGH mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri. Tujuan utama ZGH adalah untuk membenarkan pengunjung menghargai serta mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Seperti yang anda sedia maklum, kawasan ini merupakan kawasan tumpuan pengunjung dari serata ceruk. Terdapat beberapa resort dan calet, tertapi APA yang membuatkan ZGH unik adalah gabungan 4 dimensi dari benak fikiran pemiliknya iaitu Zaini. Gabungan ruang dan masa, serta gabungan elemen tanah dan air menjadikan tempat ini yang diwarisi daripada Ayahnya mempunyai kebebasan peribadi dan ketenangan mutlak pada para pengunjungnya.
Pada mulanya Zaini telah membina rumah kecil ditanah ini 20 tahun yang lalu. Oleh kerana sering dikunjungi rakan-rakan dan saudara mara, ini mencetuskan idea kepada beliau untuk membina ZGH. Konsep ZGH hampir sama dengan “Homestay” iaitu anda mempunyai ruang kamar peribadi tetapi boleh menikmati persekitaran secara menyeluruh. Seperti mengikut aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kampung bersama-sama penduduk setempat .Sebagai tarikan, pohon buah-buahan di sini dijaga bagi membolehkan pengunjung mengecapinya ketika musim tiba. Pelbagai pohon terdapat disini seperti , durian, manggis, langsat, pulasan, jambu batu, nangka, rambutan dan ………
Pasukan kami yang ramah serta...
Di ZGH pemiliknya iaitu Zaini (Captain) dibantu oleh Alwi ( Atok), Yus, Yem dan Sham akan mengalu-alukan kedatangan anda serta membantu menjadikan penginapan anda di ZGH lebih menyeronokkan. Anda boleh menjelajah kampung unik ini dengan dibantu oleh mereka. Mereka berbesar hati untuk menunjukkan anda tempat-tempat tumpuan dan menarik di sekitar kampung. Anda juga boleh bertukar-tukar pandangan bersama dengan isteri Zaini iaitu seorang wanita berbangsa Perancis yang sudah bermaustautin di Malaysia selama 7 tahun bernama Fred Suriya. Minta pandangan beliau tentang pengalaman berada di Malaysia bersama penduduknya yang berbilang bangsa…. mungkin anda akan terkejut!......... ZGH bermatlamat untuk memberikan para pengunjungnya ketenangan tanpa batasan yang ada pada alam. Oleh yang demikian kami ingin menjadi tuan rumah kepada pengunjung yang menyayangi serta memahami alam sekitar, pengunjung-pengunjung yang mencari ketenangan dan juga kepada sesiapa yang ingin menjadi seperti kami. Jadi Selamat Datang kepada mereka yang sentiasa peka dan menghargai keamanan dan keindahan Dunia!
Tanyangi Piclens Gallery